Tuesday, March 5, 2013

integriti


penilaian tentang keperibadian seseorang, mudah dilakukan dengan hanya melihat apa yang kita nampak dan bagaimana seseorang itu cuba memastikan imejnya adalah seperti apa yang cuba digambarkan olehnya.

kita ambil contoh seorang tokoh agama yang mahu dikenali sebagai seseorang yang boleh memimpin dan mempunyai niat yang jelas dan benar dengan matlamatnya boleh dilihat jelas dengan keperibadiannya.

sikap sabar, tenang dan tegas selalunya menjadi teras kepada keperibadian seseorang tokoh agama kerana dengan keperibadiaan ini, matlamat dirinya untuk menyampai dan membri keterangan yang tepat tentang perihal agama dapat diterima dengan jelas dan nyata. keperibadian ini penting dalam matlamatnya untuk menegakkan fahaman yang cuba diangkatnya untuk menjadikan kebenaran sebagai sesuatu yang boleh diterima dan difahami oleh semua.

jika kita ambil contoh tokoh politik, nilai-nilai keperibadian seperti 'trustworthy' (boleh dipercayai), berpelajaran tinggi, berjiwa rakyat dan berpegang kepada amanah, perlu ada untukk seseorang itu boleh diterima sebagai tokoh politik. integriti diri yang tinggi yang selari dengan fahaman  yang cuba diperjuangkan juga menjadi salah satu nilai yang boleh diambil kira sebagai nilai yang penting untuk seseorang tokoh politik.

selain dari nilai-nilai berikut, nilai2 keperibadian seperti mudah didekati juga memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan matlamat mereka. jadi, dengan semua nilai-nilai inilah sepatutnya ada kepada semua tokoh politik yang mahu memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan hak-hak rakyat dan merialisasikan segalan tuntutan dan kemahuan yang dibuat oleh rakyat dan selaras dengan matlamat mereka sebagai kerajaan yang mewakili setiap rakyat di Malaysia.

nilai keperibadian seseorang tokoh politik sepatutnya perlu berkait rapat dengan matlamat parti yang diwakilinya. kita ambil contoh jawatan perdana menteri yang disandang oleh tokoh politik dari pihak Barisan yang datang dari parti yang memperjuangkan hak-hak orang melayu. walaupun beliau lahir dari keluarga yang mempunyai kelebihan yang istimewa dan lebih cenderung kearah kesenangan dan tidak pernah jatuh kedalam kesulitan membesar dalam kesusahan, beliau yang mungkin dididik oleh bapanya yang pernah menyandang jawatan yang sama suatu ketika dahulu, untuk cuba memahami realiti kehidupan rakyat biasa. walaupun dengan hanya cuba memahami dan tidak benar-benar hidup dengan realiti kebiasaan kehidupan rakyat, beliau masih lagi terus mencuba untuk mencari pendekatan yang baik untuk diguna sebagai usahanya untuk berkhdimat untuk rakyat yang berbilang kaum. tidak terlepas juga dari kepincangan yang selalu terlinntas dalam kehidupan harian, ada 2-3 perkara yang datang dari khabar-khabar angin dan tidak benar-benar mempunyai bukti yang jelas ataupun mungkin buti-bukti ini berjaya dilupuskan dengan jayanya untuk melindungi dirinya dari segala kesalahan samada besar atapun kecil yang pernah dilakukakan olehnya, beliau masih lagi gigih berusaha untuk memastikan nilai-nilai keperibadiannya dapat dilihat dan diterima oleh semua. integriti dirinya sebagi seorang ynag memegang jawatan tertinggi dan mempunyai tanggungjawab yang besar keatas negara ini diatanganinya dengan serius.

kita ambil contoh seorang lagi tokoh politik dari pihak Pakatan yang datang dari parti yang memperjuangkan tentang keadilan. pada mulanya, nilai-nilai keperibadian dalam dirinya jelas dapat dilihat dengan cara beliau menjalankan tanggungjawabnya tetapi apabila beliau disabitkan didalam satu situasi yang memalukan dan memusnahkan kredibiliti beliau, beliau mengambil pendekatan yang selalunya diambil oleh orang yang berada didalam keadaan terdesak. hampir semua tindakan yang diambil adalah drastik dan menyumbang kepada penyusutan nilai-nilai keperibadian yang pernah mencerminkan integriti beliau sebagai tokoh politik yang suatu ketika dulu yang berjaya menawan hati setiap kaum di Malaysia. Nilai-nilai yang disanjungi, susut hari demi hari. kedegilan beliau dan ketidak perihatian beliau terhadap matlamat parti yang cuba disampaikan telah sedikit sebanyak mencacatkan objectif parti yang diwakilinya. apabila beliau sekali lagi sabitkan dengan situasi yang memalukan, beliau memilih untuk tidak cuba mempertahankan keperibadiannya sendiri dan memutuskan hubungannya dari parti yang diwakili dan memastikan kebenaran akan berpihak keatas dirinya jika situasi ini adalah hanya dongeng politik dan tidak mencalarkan imej parti yang cuba diwakilinya. 

hanya dengan fakta ini, nilai-nilai keperibadiannya diserang hari demi hari dan dalam masa yang sama, nilai-nilai yang tidak sepatutnya dijunjung oleh seorang tokoh politik menjadi keperibadian dirinya. beliau sentiasa melatah apabila diserang oleh pihak lawan. ketenangan tidak lagi wujud dalam dirinya. perjuangan yang cuba ditegakkan semakin hari semakin bertukar menjadi perkara-perkara yang tidak mencerminkan kebenaran dan realistik. mungkin beliau masih lagi sedar akan kebenaran yang cuba disampaikan dan mungkin saya sebagai penulis tidak benar-benar memahami beban dan tanggugjawab yang cuba dijelaskan oleh beliau tetapi nilai keperibadian yang harus ada dalam dirinya sudah semakin kabur.

walaubagaimanapun, setiap individu yang mewakili mentaliti samada dari Pihak Barisan ataupun Pakatan, sama-sama faham tentang tanggungjawab dan apa yang perlu dibuat untuk tidak menjadikan kehidupan rakyat sebagai mainan untuk mereka mnecapai kesenangan dan kekayaan dengan mengunakan jawatan yang sepatunya dijawat sebagai seseorang yang mempertahankan dan memperjuangkan hak semua kaum, semua bangsa dan semua agama di Malaysia.

Monday, March 4, 2013

lahad


Peut-être adalah mungkin dalam bahasa perancis.

Mungkin.

hampir semua perbuatan dan akibat datang dari kemungkinan, apabila perkara yang benar-benar berlaku tidak digambarkan dengan jelas.

kemungkinan selalunya wujud apabila apabila akal fikiran cuba mencari sebab mengapa sesuatu situasi boleh berlaku. dengan menggunakan 'common sense ' dan dengan 'reference' dari informasi-informasi yang boleh dilihat dengan mata kepala sendiri, kemungkinan akan terhasil.


ada kemungkinan yang baik dan sebaliknya. masalah akan mula timbul apabila kemungkinan yang terhasil digunakan sebagai fakta.

kita ambil contoh situasi yang sedang berlaku hari ini. pencerobohan Lahad Datu. perkataan 'pencerobohan' adalah jelas dan boleh diterima pakai sebagai fakta. hampir 200 penceroboh yang mewakili puak sulu dari Filipina cuba membuat tuntutan keatas negeri sabah. setengah daripada penceroboh ini bersenjata dan dari sini kita boleh lihat, mungkin niat mereka adalah untuk mempertahankan diri tetapi dalam masa yang sama juga, mungkin niat mereka adalah untuk mencetuskan keganasan. dengan mempunyai kumpulan bersenjata, jelas tuntutan yang cuba dibuat oleh mereka adalah lebih menjurus kearah kekerasan.

mungkin juga mereka sudah ambil masa yang lama sebelum ini untuk menggunakan pendekatan tuntutan melalui perbincangan tetapi tidak mendapat keputusan yang mereka mahu dan inilah jalan yang terakhir yang boleh mereka fikiran untuk mendapatkan apa yang selama ini mereka tunntut.

pihak polis di Lahad Datu pada masa ini, di lihat mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dan disebabkan ini, 7 orang dari pihak polis telah terkorban diserang pihak penceroboh.

mungkin pihak polis di sana tidak cukup pengalaman dalam mengatasi situasi seperti ini dan mungkin juga beberapa orang dari kedua-dua belah pihak (polis dan penceroboh) saling mengenali antara satu sama lain. mungkin juga pihak polis tidak mahu bertindak dan mengakibatkan lebih ramai pihaknya terkorban dan mungkin juga pihak polis mendapat arahan dari pihak atasan untuk hanya 'tunggu dan lihat' sebelum apa2 keputusan drastik akan diambil.

pihak askar pula sudah mula dikerah ke tempat kejadian dan pada masa ini hanya menunggu arahan untuk membuat serang balas. persoalan timbul, "mengapa tidak dari awal pihak askar masuk campur dalam hal ini?" mungkin kes pencerobohan di Lahad Datu adalah kes yang perlu diselesaikan oleh pihak polis dan belum mencapai ke tahap genting dimana pihak askar perlu masuk campur dan mungkin juga sudah termetrai perjanjian didalam konvensyen Geneva dimana pihak askar dari satu-satu negara tidak boleh bertempur dengan pihak askar dari negara lain tanpa sebab-sebab yang tertentu. mungkin juga pihak kementerian pertahanan sedang mngambil kira segala penyelesaian yang tidak akan mewujudkan masalah antara Malaysia dan Filipina.

dalam masa 3-4 hari ini, informasi berkaitan penceroboh sudah dapat dibaca di akhbar-akhbar tempatan, luar negara, blog-blog media dan di kaca televisyen.

dari sumber-sumber yang dinyatakan tadi, fakta-fakta berikut sudah dijelaskan dengan terang.

  • kerabat Sultan Sulu tidak diiktiraf selepas kemangkatan Sultan sulu yang diiktiraf oleh negara Filipina sejak dari tahun 1980'an, maka, penceroboh-penceroboh yang mahu dikenali sebagai 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' sebenarnya bukan dari pihak tentera dari mana-mana pihak. (pihak penceroboh tidak mewakili mana-mana pihak yang diiktiraf oleh mana-mana negara)
  • tuntutan yang dibuat oleh penceroboh, dimana tanah Sabah adalah milik mereka adalah tidak berasas kerana sudah ada perjanjian antara Sultan Sulu dan British North Borneo Company dimana Sabah telah Diserahkan kepada mereka dan pihak Sultan Sulu menerima 'cession money' (wang serahan) sejak dari tahun 1870'an tanda mereka menerima kenyataan bahawa persetujuan yang ditandatangani adalah benar dan jelas.
  • pihak Filipina sudah memberi amaran kepada pihak penceroboh untuk membatalkan niat mereka dan menyerah secara damai. (Filipina juga sudah memberi kebenaran untuk pihak dari Malaysia mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka)

dari fakta-fakta berikut, kita boleh faham dengan jelas, pihak penceroboh tidak mewakili mana-mana negara ataupun entiti yang diiktiraf oleh mana-mana pihak. tuntutan meraka tidak berasas dan negara Filipina sudam memberi 'Green Light' untuk pihak tertentu dinegara ini untuk mengambil tindakan selanjutnya.

sudah banyak pendapat yang datang dari sesetengah pihak dan individu tentang situasi ini yang menggunakan kemungkinan tanpa mengambil pendekatan untuk benar-benar mengambil masa untuk memahami tentang situasi berikut dan terus menyatakan pendapat mereka, samada dengan niat baik atau pun sebaliknya, ianya sudah mencetuskan pelbagai reaksi yang tidak menyenangkan didalam negara.

apa yang pasti adalah 7 nyawa yang terkorban disebabkan oleh situasi ini tidak akan kembali dan iktibar patut diambil supaya perkara sebegini tidak akan berulang kembali.


*fakta dipetik dari akhbar tempatan, luar negara dan blog-blog media dalam dan luar negara.